LAPORAN AKTIVITI

KARNIVAL SUKAN JAD 2011


Karnival Sukan Jad 2011 telah berlangsung dengan jayanya pada hari Sabtu, 10 Disember 2011 bersamaan 14 Muharram 1433H bertempat di Sport Planet. Karnival ini telah disertai oleh 12 pasukan iaitu 3 kumpulan bagi setiap batch, 1 pasukan DPPT(staff), 1 pasukan Alumni, dan 1 pasukan YPM.


YPM FC


CICAK GERSANG


SEIZON


LONE RANGER


RED ROSE, BLUES, GUNNERS
(pasukan Beranang)


U1(C)


U1(B)


U1(A)

Sebanyak 4 tempat telah dipertandingkan. Tempat pertama, kedua, ketiga, dan keempat masing-masing telah dimenangi oleh pasukan U1(A), RED ROSE, YPM FC, dan U1(B). Hadiah telah disampaikan oleh wakil daripada YPM. Terima kasih kepada pihak YPM selaku penganjur dan semua yang terlibat bagi menjayakan karnival ini.


Semoga karnival ini dapat menguatkan ukhuwah  dan memberi manfaat seterusnya menjadi kenangan indah kepada para peserta dan semua yang terlibat. Diharap karnival ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang. 








JAPANESE SPEECH CONTEST 2011

Pada 18 September 2011, bertempat di Dewan Pusat Asasi Sains Universiti Malaya, seramai 3 orang pelajar Batch 6, Ahmad Razieman Ibrahim, Ahmad Danial Fitri Ahmad Johar dan Siti Nursyahira Mohd Safie telah mewakili JAD dalam Japanese Speech Contest.

Peserta-peserta yang terlibat

Siti Nursyahira Mohd Safie(5330kmの幸せ)

Ahmad Razieman Ibrahim(かわいそうな赤ちゃん)

Ahmad Danial Fitri(魔法の一言)



Program-program lain seperti IBT, AAJ, KTJ dan Uniten turut sama terlibat dalam pertandingan tersebut. Malangnya, nasib tidak menyebelahi kami dan kami tidak berupaya untuk mengekalkan kegemilangan JAD seperti tahun sebelum ini.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Senseitachi, Senpaitachi dan rakan-rakan batch kerana telah memberi sokongan dan dorongan sepanjang pertandingan tersebut dilangsungkan.



PROGRAM JOM SURAU 4


Pada hari bertarikh 5-7 Ogos 2011, program Jom Surau 4 telah diadakan dengan jayanya yang bertempat di Unisel Shah Alam. Seramai 63 peserta yang telah menyertai program ini.


Objektif program Jom Surau 4 pada Ramadhan kali ini ialah memastikan pengisian-pengisian yang disediakan dapat menggalakkan para peserta untuk mengamalkannya dalam kehidupan seharian dan di samping itu juga dapat merapatkan hubungan sesama Muslim.

Aktiviti-aktiviti yang menarik seperti pengisian ceramah, aktiviti Explore Iman (Explorace), dan juga aktiviti membuat bubur lambuk untuk disedekahkan ke masjid-masjid berdekatan juga telah dilaksanakan dengan jayanya oleh para peserta. Berikut disertakan gambar-gambar yang telah diambil sepanjang program dijalankan. Credit to Khairunisa Ahmad Denney. Sesiapa yang nak upload,sila-sila lah ye..

Terima kasih yang tidak terhingga kepada A.J.K Jom Surau 4 yang terlibat dan kerjasama para peserta yang telah menjayakan program Jom Surau 4 2011.




Slot Ceramah oleh Ust. Razak

Slot Explore Iman

jom masak bubur lambuk!
協力 membungkus bubur lambuk

Majlis Penutup.

Semoga program ini memberi manfaat sepenuhnya kepada peserta-peserta Jom Surau 4. Jumpa lagi tahun hadapan, insyaAllah.






MAJLIS KHATAM AL-QURAN

Pada 26 September 2011, majlis Khatam Al-Quran telah dilaksanakan dengan jayanya di surau Taman Bukit Pelangi. Majlis ini bermula pada pukul 6.30p.m. dan berakhir selepas majlis berbuka puasa dan solat terawikh berjemaah yang telah dihadiri oleh pelajar-pelajar JAD dan pihak YPM.Majlis ini diadakan bersempena aktiviti tadarus Al-Quran berkumpulancyang telah dilaksanakan dalam kalangan pelajar JAD dengan cara pembahagian 30 juzuk mengikut kumpulan-kumpulan kecil yang terdiri dalam 6 hingga 7 orang pelajar.
Pada akhir majlis tersebut, pihak YPM telah bermurah hati menghadiahkan para pelajar sehelai kain pelikat (pelajar lelaki) dan sehelai kain batik (pelajar perempuan) sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri untuk dijadikan cenderahati. Majlis berakhir dengan salam-bersalaman dan bermaaf-maafan sesama sendiri. Majlis ini telah dikendalikan oleh Ustaz Syafiq dengan kerjasama pihak Yayasan Pelajaran Mara (YPM) dan para pelajar. Alhamdulilah, majlis berakhir dengan lancar dan jayanya.